Skip to main content

Tip Memanfaatkan Masa Pada Cuti Sekolah

Tip Memanfaatkan Masa Pada Cuti Sekolah



Bertemu kembali adik-adik! Selamat meneruskan cuti persekolahan. Bagaimana dengan pengisian cuti adik-adik setakat ini? Jangan lupa masukkan aktiviti belajar sebagai salah satu pengisian cuti adik-adik. Cikgu harapkan tip belajar semasa cuti sekolah yang cikgu ko ngsikan dalam keluaran yang lalu bermanfaat buat adik-adik.


Kali ini, cikgu akan berkongsi dengan adik-adik tip memanfaatkan masa semasa cuti sekolah. Khususnya berkongsi perkara yang boleh memberi manfaat kepada pelajaran adik-adik.



1. Bijak menggunakan internet.
Elakkan diri adik-adik daripada menghabiskan masa yang lama dengan melayari internet. Khususnya melayari lamanlaman sosial seperti facebook, twitter dan youtube. Kecuali adik-adik menggunakannya bagi tujuan pembelajaran.


Contohnya ;
Melayari portal-portal pendidikan online yang berkaitan dengan mata pelajaran adik-adik.
Memanfaatkan e-mel dan laman sosial bagi bertukartukar ilmu dan pengalaman bersama rakan-rakan dan guru-guru. Melayari laman-laman yang boleh meningkatkan pengetahuan am adik-adik


2. Ulang kaji secara berkumpulan.
Selain mengulang kaji sendirian di rumah, adik-adik boleh melakukannya secara berkumpulan. Dengan cara ini adik-adik dapat bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan lain. Khususnya daripada rakan-rakan yang mahir bagi sesuatu mata pelajaran. Secara tidak langsung, ulang kaji berkumpulan juga dapat mengurangkan rasa bosan atau mengantuk berbanding adik-adik ulang kaji sendirian di rumah.


3. Berkunjung ke Perpustakaan Awam.
Salah satu tempat yang boleh adik-adik kunjungi dengan lebih kerap berbanding hari-hari persekolahan biasa adalah perpustakaan awam. Adik-adik boleh mengulang
kaji pelajaran di sini dan membuat rujukan. Banyak bahan rujukan yang boleh adik-adik peroleh sama ada dalam bentuk buku atau dalam talian (internet). Jika adik-adik
kurang mahir menggunakan perkhidmatan yang disediakan di sini, dapatkan bantuan daripada pustakawan yang bertugas.


4. Mengikuti kelas tuisyen.
Bagi meningkatkan penguasaan adik-adik terhadap mata pelajaran yang adik-adik pelajari di sekolah, adik-adik boleh mengikuti kelas tuisyen. Khususnya bagi mata pelajaran yang akan adik-adik ambil dalam peperiksaan UPSR.


5. Menyertai kem-kem motivasi.
Salah satu faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu bersemangat untuk belajar ialah memiliki motivasi diri yang tinggi. Oleh itu, adik-adik boleh menyertai kem-kem motivasi yang lazimnya banyak diadakan pada waktu cuti persekolahan bagi meningkatkan motivasi diri adik-adik. Membaca buku-buku teknik belajar berkesan. Menerusi buku-buku ini, adik-adik akan memperoleh tip-tip dan panduan bagi membolehkan adik-adik belajar dengan berkesan. Mudah faham dan mudah ingat isi pelajaran yang dipelajari. Antara buku yang boleh adik-adik baca ialah buku Skor 5A UPSR dan buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak yang cikgu tulis.



Semoga tip-tip yang dikongsi ini bermanfaat buat adik-adik bagi mengisi waktu cuti sekolah pada kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

SAINS UPSR : Teknik Memikat Hati Murid Minat Subjek Sains

BAK kata orang-orang tua, `melentur buluh biarlah dari rebung', begitu jugalah dengan memupuk minat Sains seharusnya bermula sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Pelbagai usaha dijalankan supaya sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini. Malangnya, setelah sekian lama usaha dilakukan bagi mencapai hasrat itu, kemajuan dan kejayaan dicapai dalam bidang sains di negara ini masih belum dapat dibanggakan. Mata pelajaran Sains merupakan antara satu subjek yang sering menjadi tumpuan. Bagi murid yang meminati mata pelajaran ini, tempoh 1 jam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) dilihat sangat tidak mencukupi. Banyak perkara yang hendak dilakukan dan perlu dipelajari dalam tempoh tersebut(SITUASI 1). Namun bagi murid yang tidak meminati mata pelajaran Sains, 1 jam tersebut merupakan satu tempoh penyeksaan yang sangat mengerikan(SITUASI 2).. Jadi bagaimana KITA sebagai Guru sains mewujudkan SITUASI 1 dalam pembelajaran kita... Berikut a...

CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL

1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan. 2. Tidak bermotivasi. 3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan. 4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model. 5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah. 6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan. 7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik. :-( 8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan. 9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah. 10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah. 12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran. 13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah. 14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan d...