Skip to main content

Cikgu Tuisyen Di Rumah – Kenapa Semakin Popular?

Cikgu Tuisyen Di Rumah – Kenapa Semakin Popular?


Di seluruh dunia, trend mengambil cikgu tuisyen yang datang ke rumah atau home tuisyen semakin meningkat. Di United Kingdom, peningkatan ibubapa yang mengambil guru tuisyen di rumah adalah sebanyak 18% kepada 24% tahun ini (rujuk artikel ini). Di Singapura, ibubapa membelanjakan $820 juta setahun untuk tuisyen, dimana hampir separuhnya untuk tuisyen di rumah . Di Korea Selatan perbelanjaan untuk tuisyen persendirian atau ‘private tutoring’ dijangka akan mencecah $13.9 billion menjelang akhir 2012 yang lepas.


Apakah faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan ini?
=============================================
Ada 3 sebab utama mengapa cikgu tuisyen di rumah semakin menjadi pilihan ibubapa dan pelajar:


1. Peningkatan bilangan pelajar menyebabkan persaingan semakin kompetitif
Ibubapa mula mengambil tutor persendirian bagi memberikan bantuan tambahan secara individu terhadap anak-anak mereka. Ini bagi mempersiapkan mereka untuk menghadapi peperiksaan penting seperti SPM, IGCSE, A-Levels, International Baccalaureate dan sebagainya. Bantuan secara individu ini jarang dapat diberikan oleh cikgu-cikgu pelajar ini di sekolah disebabkan bilangan pelajar yang ramai untuk sesuatu kelas.


2. Sesetengah pelajar memang perlukan bantuan secara individu.
Tidak semua pelajar mempunyai kemampuan belajar, pemahaman dan kepandaian yang sama. Sesetengah pelajar mengambil masa yang agak lama untuk memahami apa yang dibelajar di sekolah ( Pelajar-pelajar seperti ini juga dikenali sebagai ‘slow learner’). Kebanyakan guru di sekolah perlu menghabiskan silibus dengan cepat menyebabkan ada pelajar yang ketinggalan akibat tidak faham atau cikgu mengajar terlalu laju. Penyelesaian ibubapa ialah dengan mengambil tutor yang merupakan pakar bagi sesuatu subjek bagi membolehkan anak mereka mempelajari semula bahagian yang mereka ketinggalan. Mengambil tutor di rumah yang mempunyai masa fleksibel adalah langkah yang sangat bersesuaian dengan kehendak golongan yang bekerja ini.


3. Cikgu tuisyen melengkapkan tugas guru di sekolah.
Tugas utama guru di sekolah ialah untuk mengajar sesuatu ilmu atau subjek yang baru, dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang lain seperti mengendalikan eksperimen dan sebagainya
Peranan cikgu tuisyen adalah khusus dalam membantu pelajar menjawab soalan-soalan, menerangkan mengapa pelajar mendapat jawapan salah, atau menerangkan semula bahagian yang pelajar tidak faham. Cikgu tuisyen persendirian juga membantu dari segi lain seperti memberikan motivasi, memberikan bimbingan sahsiah atau membimbing pelajar dari segi cara belajar atau merancang waktu belajar. . Oleh itu, cikgu tuisyen bertindak sebagai pelengkap dengan membantu pelajar memahami lebih mendalam apa yang dibelajar di sekolah.
Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Afrika Selatan telah mengenalpasti fungsi tuisyen yang merupakan pelengkap kepada pembelajaran di sekolah. Mereka memahami yang guru tuisyen bertindak memenuhi keperluan pelajar dan menyumbang kepada pembangunan kapital manusia (human capital).

Comments

Popular posts from this blog

SAINS UPSR : Teknik Memikat Hati Murid Minat Subjek Sains

BAK kata orang-orang tua, `melentur buluh biarlah dari rebung', begitu jugalah dengan memupuk minat Sains seharusnya bermula sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Pelbagai usaha dijalankan supaya sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini. Malangnya, setelah sekian lama usaha dilakukan bagi mencapai hasrat itu, kemajuan dan kejayaan dicapai dalam bidang sains di negara ini masih belum dapat dibanggakan. Mata pelajaran Sains merupakan antara satu subjek yang sering menjadi tumpuan. Bagi murid yang meminati mata pelajaran ini, tempoh 1 jam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) dilihat sangat tidak mencukupi. Banyak perkara yang hendak dilakukan dan perlu dipelajari dalam tempoh tersebut(SITUASI 1). Namun bagi murid yang tidak meminati mata pelajaran Sains, 1 jam tersebut merupakan satu tempoh penyeksaan yang sangat mengerikan(SITUASI 2).. Jadi bagaimana KITA sebagai Guru sains mewujudkan SITUASI 1 dalam pembelajaran kita... Berikut a...

Tip Memanfaatkan Masa Pada Cuti Sekolah

T ip Memanfaatkan Masa Pada Cuti Sekolah Bertemu kembali adik-adik! Selamat meneruskan cuti persekolahan. Bagaimana dengan pengisian cuti adik-adik setakat ini? Jangan lupa masukkan aktiviti belajar sebagai salah satu pengisian cuti adik-adik. Cikgu harapkan tip belajar semasa cuti sekolah yang cikgu ko ngsikan dalam keluaran yang lalu bermanfaat buat adik-adik. Kali ini, cikgu akan berkongsi dengan adik-adik tip memanfaatkan masa semasa cuti sekolah. Khususnya berkongsi perkara yang boleh memberi manfaat kepada pelajaran adik-adik. 1 . Bijak menggunakan internet. Elakkan diri adik-adik daripada menghabiskan masa yang lama dengan melayari internet. Khususnya melayari lamanlaman sosial seperti facebook, twitter dan youtube. Kecuali adik-adik menggunakannya bagi tujuan pembelajaran. Contohnya ; Melayari portal-portal pendidikan online yang berkaitan dengan mata pelajaran adik-adik. Memanfaatkan e-mel dan laman sosial bagi bertukartukar ilmu dan pengalaman bersama rakan-r...

CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL

1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan. 2. Tidak bermotivasi. 3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan. 4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model. 5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah. 6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan. 7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik. :-( 8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan. 9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah. 10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah. 12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran. 13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah. 14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan d...