Skip to main content

10 Cara Mengatasi Masalah Malas

10 Cara Mengatasi Masalah Malas


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Ada seorang parent mengadu kepada saya tentang sifat anaknya yang pemalas. Malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat ulangkaji, bahkan nak solat pun malas. Sifat malas memang penyakit yang sangat kronik dan sukar diubati. Kalau adik-adik ada sifat ini, bermakna adik-adik mempunyai satu masalah yang serius. Tapi jangan risau kerana sifat malas ini boleh diatasi. Cuba lihat tips-tips yang saya kongsikan di bawah ini:

1. Amalkan doa mengelak diri dari malas
2. Ingat sasaran dan matlamat diri anda
3. Teknik 10 Minit Aje
4. Banyak membaca bahan motivasi
5. Susun dan mudahkan jadual anda
6. Rehat dan tidur yang cukup
7. Bersenam dan beriadah
8. Berkawan dengan orang yang positif
9. Amalkan teknik pernafasan
10. Suarakan moto anda


Ada satu doa dalam Al Ma’thurat yang bertujuan untuk menghindarkan diri kita dari sifat lemah dan malas. saya cuba search doa tersebut dalam Google tapi setakat ini belum terjumpa lagi. Kalau adik-adik ada terjumpa, kongsi-kongsikanlah di sini.


Sebenarnya adik-adik, apabila kita berdoa kepada Allah (S.W.T), itu menunjukkan bahawa kita memang bersungguh-sungguh untuk berubah. Doa dan kesungguhan itulah yang akhirnya akan menggerakkan seluruh tubuh badan kita untuk berubah menjadi rajin.


Contohnya jika adik-adik rasa malas ke sekolah di waktu pagi, adik-adik akan terfikir bahawa selepas solat subuh tadi adik-adik baru sahaja berdoa supaya terhindar dari sifat malas. Jadi secara automatik, adik-adik akan membuang segala perasaan malas adik-adik.

Comments

Popular posts from this blog

SAINS UPSR : Teknik Memikat Hati Murid Minat Subjek Sains

BAK kata orang-orang tua, `melentur buluh biarlah dari rebung', begitu jugalah dengan memupuk minat Sains seharusnya bermula sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Pelbagai usaha dijalankan supaya sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini. Malangnya, setelah sekian lama usaha dilakukan bagi mencapai hasrat itu, kemajuan dan kejayaan dicapai dalam bidang sains di negara ini masih belum dapat dibanggakan. Mata pelajaran Sains merupakan antara satu subjek yang sering menjadi tumpuan. Bagi murid yang meminati mata pelajaran ini, tempoh 1 jam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) dilihat sangat tidak mencukupi. Banyak perkara yang hendak dilakukan dan perlu dipelajari dalam tempoh tersebut(SITUASI 1). Namun bagi murid yang tidak meminati mata pelajaran Sains, 1 jam tersebut merupakan satu tempoh penyeksaan yang sangat mengerikan(SITUASI 2).. Jadi bagaimana KITA sebagai Guru sains mewujudkan SITUASI 1 dalam pembelajaran kita... Berikut a...

Tip Memanfaatkan Masa Pada Cuti Sekolah

T ip Memanfaatkan Masa Pada Cuti Sekolah Bertemu kembali adik-adik! Selamat meneruskan cuti persekolahan. Bagaimana dengan pengisian cuti adik-adik setakat ini? Jangan lupa masukkan aktiviti belajar sebagai salah satu pengisian cuti adik-adik. Cikgu harapkan tip belajar semasa cuti sekolah yang cikgu ko ngsikan dalam keluaran yang lalu bermanfaat buat adik-adik. Kali ini, cikgu akan berkongsi dengan adik-adik tip memanfaatkan masa semasa cuti sekolah. Khususnya berkongsi perkara yang boleh memberi manfaat kepada pelajaran adik-adik. 1 . Bijak menggunakan internet. Elakkan diri adik-adik daripada menghabiskan masa yang lama dengan melayari internet. Khususnya melayari lamanlaman sosial seperti facebook, twitter dan youtube. Kecuali adik-adik menggunakannya bagi tujuan pembelajaran. Contohnya ; Melayari portal-portal pendidikan online yang berkaitan dengan mata pelajaran adik-adik. Memanfaatkan e-mel dan laman sosial bagi bertukartukar ilmu dan pengalaman bersama rakan-r...

CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL

1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan. 2. Tidak bermotivasi. 3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan. 4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model. 5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah. 6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan. 7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik. :-( 8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan. 9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah. 10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah. 12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran. 13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah. 14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan d...