Skip to main content

Kenapa Perlunya Tuisyen?

Kenapa Perlunya Tuisyen?



Tuisyen – adakah ia perlu? Berapa banyak tuisyen yang boleh dihadapi oleh seorang kanak-kanak? Adakah anak saya juga memerlukan tuisyen? Adakah anak saya akan ketinggalan? Tetapi, semua orang pergi? Bukankah ia merupakan satu gaya hidup semasa yang semakin popular dan menggambarkan kekayaan?


Memandangkan kebanyakan ibu bapa yanng bekerja tidak mempunyai ahli keluarga atau penjaga untuk menjaga anak-anak mereka, adalah jelas mengapa lebih banyak pusat tuisyen tumbuh seperti cendawan di sekeliling kita. Tetapi adakah ia bagus? Siapa yang memeriksa kualiti dan apa yang berlaku di dalam kelas? Siapakah pula guru-gurunya?


Adakah tuisyen benar-benar perlu? Jawapannya ialah “Ya” dan “Tidak”, bergantung kepada situasi. Ya, saya setuju dengan ibu bapa yang mengatakan bahawa anak-anak mereka memang memerlukan tuisyen jika mereka lemah dalam sesuatu matapelajaran, atau jika mereka tidak boleh mengikuti apa yang diajar di sekolah.


Mengapakah ibu bapa tidak terfikir bahawa seringkali bukannya pihak sekolah, guru-guru ataupun pusat tuisyen yang bertanggungjawab terhadap kemerosotan pelajaran, tetapi pelajar sendiri? Jika mereka tidak boleh duduk dan belajar, bagaimanakah dia hendak mengingati apa yang telah dipelajarinya semasa menjawab soalan peperiksaan?


Cikgu Tuisyen Pelengkap Guru Di Sekolah

Tugas utama guru di sekolah ialah untuk mengajar sesuatu ilmu atau subjek yang baru, dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang lain seperti mengendalikan eksperimen dan sebagainya.


Namun ianya tidak mencukupi kerana sesetengah pelajar perlukan bantuan tambahan seperti cara menjawab soalan dalam peperiksaan atau berbincang tentang kesalahan dalam menjawab soalan. Disinilah fungsi guru tuisyen sebagai pelengkap. Peranan cikgu tuisyen adalah khusus dalam membantu pelajar menjawab soalan-soalan, menerangkan mengapa pelajar mendapat jawapan salah, atau menerangkan semula bahagian yang pelajar tidak faham.


Cikgu tuisyen persendirian juga membantu dari segi lain seperti memberikan motivasi, memberikan bimbingan sahsiah atau membimbing pelajar dari segi cara belajar atau merancang waktu belajar. Segelintir ahli masyarakat gemar menyalahkan guru-guru sekolah apabila berlaku penurunan prestasi pelajar dalam pelajaran.Guru-guru di sekolah hanya mempunyai sedikit masa untuk membantu pelajar secara individu, atau mengajar semula topik yang telah diajar didalam kelas kepada pelajar-pelajar yang tidak faham. Oleh itu, cikgu tuisyen bertindak sebagai pelengkap dengan membantu pelajar memahami lebih mendalam apa yang dibelajar di sekolah.

Comments

Popular posts from this blog

SAINS UPSR : Teknik Memikat Hati Murid Minat Subjek Sains

BAK kata orang-orang tua, `melentur buluh biarlah dari rebung', begitu jugalah dengan memupuk minat Sains seharusnya bermula sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Pelbagai usaha dijalankan supaya sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini. Malangnya, setelah sekian lama usaha dilakukan bagi mencapai hasrat itu, kemajuan dan kejayaan dicapai dalam bidang sains di negara ini masih belum dapat dibanggakan. Mata pelajaran Sains merupakan antara satu subjek yang sering menjadi tumpuan. Bagi murid yang meminati mata pelajaran ini, tempoh 1 jam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) dilihat sangat tidak mencukupi. Banyak perkara yang hendak dilakukan dan perlu dipelajari dalam tempoh tersebut(SITUASI 1). Namun bagi murid yang tidak meminati mata pelajaran Sains, 1 jam tersebut merupakan satu tempoh penyeksaan yang sangat mengerikan(SITUASI 2).. Jadi bagaimana KITA sebagai Guru sains mewujudkan SITUASI 1 dalam pembelajaran kita... Berikut a...

Tip Memanfaatkan Masa Pada Cuti Sekolah

T ip Memanfaatkan Masa Pada Cuti Sekolah Bertemu kembali adik-adik! Selamat meneruskan cuti persekolahan. Bagaimana dengan pengisian cuti adik-adik setakat ini? Jangan lupa masukkan aktiviti belajar sebagai salah satu pengisian cuti adik-adik. Cikgu harapkan tip belajar semasa cuti sekolah yang cikgu ko ngsikan dalam keluaran yang lalu bermanfaat buat adik-adik. Kali ini, cikgu akan berkongsi dengan adik-adik tip memanfaatkan masa semasa cuti sekolah. Khususnya berkongsi perkara yang boleh memberi manfaat kepada pelajaran adik-adik. 1 . Bijak menggunakan internet. Elakkan diri adik-adik daripada menghabiskan masa yang lama dengan melayari internet. Khususnya melayari lamanlaman sosial seperti facebook, twitter dan youtube. Kecuali adik-adik menggunakannya bagi tujuan pembelajaran. Contohnya ; Melayari portal-portal pendidikan online yang berkaitan dengan mata pelajaran adik-adik. Memanfaatkan e-mel dan laman sosial bagi bertukartukar ilmu dan pengalaman bersama rakan-r...

CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL

1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan. 2. Tidak bermotivasi. 3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan. 4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model. 5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah. 6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan. 7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik. :-( 8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan. 9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah. 10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah. 12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran. 13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah. 14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan d...