Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

SHICIDA METHODS - Jadikan Anak Anda Pandai

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya : 1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-t...

Membantu Kanak-Kanak Membaca

Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali.Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana? Jika ada ...

Bagaimana Kanak-Kanak Belajar Membaca?

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur. ✎  0 hingga 2 ½ tahun   ✪   mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.   ✪   belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.   ✪   kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.   ✪   rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang       mengandungi  banyak gambar dan  berwarna-warni.   ✪   kosa kata berkembang sehingga 270. ✎  2 ½ hingga 4 ½ tahun   ✪   peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.   ✪   terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.   ✪   perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.   ✪   kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama       gambar. ...

Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-Kanak

Kata orang bijak pandai, "Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan." Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga. Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik. Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan "mama" dan "papa". Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya. Apabila kanak-kanak meningkat usia 3...

6 Cara Mengatasi Masalah Lupa

Terlupa bukan masalah yang dihadapi oleh orang tua. Ia juga berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Anda merupakan seorang pelupa jika: ✈ Anda tidak tahu nak buat apa hari ini walaupun dah plan semalam ✈ Anda tak pasti apa lagi kerja yang perlu diselesaikan di pejabat sehinggalah bos bising ✈ Anda perlukan bantuan seperti kalendar, PDA (dll) sebagai reminder ✈ Anda lupa lirik lagu kegemaran anda ✈ Anda tak ingat apa yang anda sedang fikirkan 10 saat sebelum itu ✈ Anda lupa nama kenalan baru yang baru jumpa tadi! ✈ Anda tiba-tiba gelak tapi tak tau pasal apa ✈ Anda lupa nak tulis di blog pasal apa ✈ Anda lupa apa yang anda lupa! Sindrom lupa boleh menyebabkan kita stress, lebih-lebih lagi apabila kita cuba untuk ingat apa yang kita lupa, adoi! Bayangkan kalau terlupa fakta semasa menjawab exam sedangkan baharu saja mengulangkaji tajuk tersebut. Terdapat beberapa cara mengatasi atau mengurangkan lupa, antaranya ialah: 1. Solat dan doa jangan tinggal. Dari segi sa...

CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL

1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan. 2. Tidak bermotivasi. 3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan. 4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model. 5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah. 6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan. 7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik. :-( 8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan. 9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah. 10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah. 12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran. 13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah. 14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan d...

DISIPLIN PELAJAR PUNCA KEJAYAAN

Secara konservatif, disiplin bererti latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib (Kamus Dewan edisi IV, 2005:356). Kejayaan pula bermaksud perihal berjaya, kemenangan atau hasil (Ibid:616). Maka, apakah sebenarnya bentuk kawalan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar supaya kelak mencapai kemenangan atau hasil yang diharapkan? Terdapat peribahasa berbunyi bahawa "jika tidak dipecah ruyung di mana boleh mendapat sagu". Maksudnya, tidak akan tercapai cita-cita dengan tidak berusaha kuat (Ibid:1359). Ruyung ialah kulit atau kayu yang keras daripada batang rumbia, enau dan lain-lain. Pecah ruyung ialah lambang usaha kuat. Sagu ialah hasil dan kemenangan yang diperoleh. Keras pula ialah lambang bagi cabaran yang bakal ditempuh. Usaha kuat ialah asas disiplin bagi pelajar. Usaha kuat ialah bentuk kawalan kendiri yang paling ampuh supaya pelajar sentiasa memiliki keinginan untuk berjaya walaupun cabaran yang dihadapi bukan ...

FAKTOR-FAKTOR PELAJAR CEMERLANG

K e jayaan merupakan satu pencapaian yang jujur didalam apa jua yang kita kehendaki didalam hidup i ni. Kejayaan juga bermaksud kemajuan yang dicapai dan memuaskan kehendak seseorang itu. Kejayaan  selalu disertai dengan kebahagiaan dan ketenteraman fikiran. Kejayaan akan dapat dicapai apabila terdapat faktor-faktor yang menyokong ketenteraman fikiran seseorang pelajar dalam menuntut ilmu dan menjadi pelajar cemerlang. Antara faktor yang menjadikan pelajar itu seorang yang cemerlang ialah: KELUARGA Galakan serta dorongan keluarga juga merupakan faktor yang penting dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Ibu bapa serta ahli keluarga ialah orang yang paling rapat dengan pelajar. Jika seseorang pelajar mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa, dia akan berasa selesa di rumah dan dapat menumpukan perhatiannya kepada pelajaran. Ibu bapa yang prihatin akan kebajikan serta pelajaran anak-anak mereka juga akan memberikan perhatian serius kepada emosi, m...

Cikgu Tuisyen Di Rumah – Kenapa Semakin Popular?

Cikgu Tuisyen Di Rumah – Kenapa Semakin Popular? D i seluruh dunia, trend mengambil cikgu tuisyen yang datang ke rumah atau home tuisyen semakin meningkat. Di United Kingdom, peningkatan ibubapa yang mengambil guru tuisyen di rumah adalah sebanyak 18% kepada 24% tahun ini (rujuk artikel ini). Di Singapura, ibubapa membelanjakan $820 juta setahun untuk tuisyen, dimana hampir separuhnya untuk tuisyen di rumah . Di Korea Selatan perbelanjaan untuk tuisyen persendirian atau ‘private tutoring’ dijangka akan mencecah $13.9 billion menjelang akhir 2012 yang lepas. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan ini? ============================================= Ada 3 sebab utama mengapa cikgu tuisyen di rumah semakin menjadi pilihan ibubapa dan pelajar: 1. Peningkatan bilangan pelajar menyebabkan persaingan semakin kompetitif Ibubapa mula mengambil tutor persendirian bagi memberikan bantuan tambahan secara individu terhadap anak-anak mereka. Ini bagi mempersiapkan mereka untuk...

Naluri Kasih Sayang Dan Peranannya Dalam Pendidikan Anak-Anak.

N aluri Kasih Sayang Dan Peranannya Dalam Pendidikan Anak-Anak. Dalam konteks pendidikan, naluri kasih sayang ini dapat berperanan dalam tiga keadaan iaitu: Pertama, Allah menjadikan naluri kasih sayang ini agar manusia menjadikan usaha mendidik anak itu satu yang menyeronokkan. Sambil girang menimang anak si bapa boleh menyelitkan acah-acahnya dengan unsur tarbiyah. Sambil leka mendodoinya, si ibu boleh mengalunkan lagu-lagu yang membangkitkan jiwa, iman dan semangat juang. Sambil seronok bergurau senda, bertempuk tampar, si ibu dan ayah boleh melatih mereka erti kerjasama dan mementing diri, erti timbang rasa dan keegoan, erti ketaatan dan keengkaran, erti sopan dan biadap, serta erti dosa dan pahala. Sambil bahagia bersiar-siar dan berkelah, anak-anak boleh diajar soal-soal ketuhanan, tatacara ibadah, keluhuran akhlak dan teknik bermasyarakat. Ringkasnya, segenap aktiviti yang menyeronokkan itu boleh berubah wajahnya menjadi medan tarbiyyah insaniyah. Kedua, naluri kasih ...

10 Cara Mengatasi Masalah Malas

10 Cara Mengatasi Masalah Malas Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Ada seorang parent mengadu kepada saya tentang sifat anaknya yang pemalas. Malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat ulangkaji, bahkan nak solat pun malas. Sifat malas memang penyakit yang sangat kronik dan sukar diubati. Kalau adik-adik ada sifat ini, bermakna adik-adik mempunyai satu masalah yang serius. Tapi jangan risau kerana sifat malas ini boleh diatasi. Cuba lihat tips-tips yang saya kongsikan di bawah ini: 1. Amalkan doa mengelak diri dari malas 2. Ingat sasaran dan matlamat diri anda 3. Teknik 10 Minit Aje 4. Banyak membaca bahan motivasi 5. Susun dan mudahkan jadual anda 6. Rehat dan tidur yang cukup 7. Bersenam dan beriadah 8. Berkawan dengan orang yang positif 9. Amalkan teknik pernafasan 10. Suarakan moto anda Ada satu doa dalam Al Ma’thurat yang bertujuan untuk menghindarkan diri kita dari sifat lemah dan malas. saya cuba search doa tersebut dalam Google tapi setakat ini belum...

Tip Memanfaatkan Masa Pada Cuti Sekolah

T ip Memanfaatkan Masa Pada Cuti Sekolah Bertemu kembali adik-adik! Selamat meneruskan cuti persekolahan. Bagaimana dengan pengisian cuti adik-adik setakat ini? Jangan lupa masukkan aktiviti belajar sebagai salah satu pengisian cuti adik-adik. Cikgu harapkan tip belajar semasa cuti sekolah yang cikgu ko ngsikan dalam keluaran yang lalu bermanfaat buat adik-adik. Kali ini, cikgu akan berkongsi dengan adik-adik tip memanfaatkan masa semasa cuti sekolah. Khususnya berkongsi perkara yang boleh memberi manfaat kepada pelajaran adik-adik. 1 . Bijak menggunakan internet. Elakkan diri adik-adik daripada menghabiskan masa yang lama dengan melayari internet. Khususnya melayari lamanlaman sosial seperti facebook, twitter dan youtube. Kecuali adik-adik menggunakannya bagi tujuan pembelajaran. Contohnya ; Melayari portal-portal pendidikan online yang berkaitan dengan mata pelajaran adik-adik. Memanfaatkan e-mel dan laman sosial bagi bertukartukar ilmu dan pengalaman bersama rakan-r...