BAK kata orang-orang tua, `melentur buluh biarlah dari rebung', begitu jugalah dengan memupuk minat Sains seharusnya bermula sejak dari zaman kanak-kanak lagi.
Pelbagai usaha dijalankan supaya sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini. Malangnya, setelah sekian lama usaha dilakukan bagi mencapai hasrat itu, kemajuan dan kejayaan dicapai dalam bidang sains di negara ini masih belum dapat dibanggakan.
Mata pelajaran Sains merupakan antara satu subjek yang sering menjadi tumpuan. Bagi murid yang meminati mata pelajaran ini, tempoh 1 jam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) dilihat sangat tidak mencukupi. Banyak perkara yang hendak dilakukan dan perlu dipelajari dalam tempoh tersebut(SITUASI 1). Namun bagi murid yang tidak meminati mata pelajaran Sains, 1 jam tersebut merupakan satu tempoh penyeksaan yang sangat mengerikan(SITUASI 2)..
Jadi bagaimana KITA sebagai Guru sains mewujudkan SITUASI 1 dalam pembelajaran kita... Berikut adalah beberapa cadangan teknik pengajaran yang dapat menarik minat murid...
TEKNIK 1: AKTIVITI HANDS-ON
Murid sukakan pembelajaran yang bergerak dan tidak membosankan. Teknik pengajaran tradisional yang biasanya hanya interaksi guru kepada murid, chalk and talk kelihatan semakin ketinggalan zaman. Guru perlu ubah sedikit proses pengajaran dengan memperbanyakkan aktiviti hands-on.
Aktiviti hands-on boleh dipelbagaikan dalam bentuk membina model, melakukan eksperimen, mewarna gambar rajah dan aktiviti lain. Tentu pembelajaran jadi tidak membosankan jika pelajar aktif ‘belajar’. Pembelajaran sains akan jadi menyeronokkan.. Insyaallah
TEKNIK 2: TEKNIK PENYOALAN MINDS-ON
Teknik penyoalan guru di Minds-on dalam kelas juga memainkan peranan penting dalam menarik minat murid untuk meminati mata pelajaran Sains. Guru yang baik, akan mampu memberikan soalan yang mampu mencabar minda murid. Soalan yang baik pula akan mampu merangsang murid untuk berfikir dan mencari jawapan dengan pelbagai cara.
Aktiviti Minds-on juga akan berlaku apabila guru mewujudkan aoalan-soalan KBAT dalam sesi pembelajaran yang mengajak murid-murid memberi respon, pandangan dan pendapat dalam sesuatu tajuk. Proses berfikir dan mencari jawapan ini akan membantu murid untuk jatuh cinta kepada subjek Sains. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta!
TEKNIK 3 : PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN
Boleh dikatakan hampir setiap murid pasti terdedah dengan teknologi maklumat dan gajet terkini. Sesuai dengan zaman mereka, salah satu lagi cara untuk menarik minat pelajar minat kepada mata pelajaran Sains adalah dengan menjalankan pembelajaran Sains melalui Teknologi.
Boleh dikatakan hampir setiap murid pasti terdedah dengan teknologi maklumat dan gajet terkini. Sesuai dengan zaman mereka, salah satu lagi cara untuk menarik minat pelajar minat kepada mata pelajaran Sains adalah dengan menjalankan pembelajaran Sains melalui Teknologi.
Guru boleh memberi tugasan dalam bentuk penggunaan teknologi maklumat kepada pelajar. Sebagai contohnya, memberi link Youtube untuk tontonan video ilmiah di rumah ataupun tugasan menghasilkan persembahan bagi subtopik tertentu dalam bentuk video. Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram juga boleh digunakan dalam penghantaran hasil kerja murid kepada guru. Pembelajaran akan jadi lebih menarik kerana selari dengan peredaran zaman.
TEKNIK 4: SAINS ITU MENYERONOKKAN
Kebanyakan murid tidak meminati mata pelajaran Sains kerana melihat Sains sebagai sesuatu yang asing bagi mereka. Sesuatu yang hanya boleh dibayangkan sahaja. Jika guru dapat mengubah persepsi murid ini dengan memberikan sesuatu yang mereka dapat lihat, sentuh, rasa dan alami sendiri, tentunya ia akan memberi pengalaman berbeza kepada murid.
Penggunaan bahan yang ada di sekeliling kita bagi menggantikan penggunaan bahan yang kelihatan terlalu saintifik, juga mampu mendekatkan lagi Sains dengan murid. Jika bahan tersebut mereka kenal, lebih dekat dengan mereka, pasti pembelajaran Sains akan jadi lebih menarik. Aktiviti Pembelajaran Abad 21 boleh dijalankan dengan lebih efektif jika guru dapat mencari idea menarik minat murid.
Begitulah serba sedikit perkongsian Cikgu untuk menarik minat murid-murid mempelajari Sains Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu guru-guru dalam menambahbaik aktiviti pengajaran Sains di sekolah..
Disini cikgu kongsikan beberapa link yang boleh membantu cikgu-cikgu menyediakan aktiviti menarik untuk anak-anak murid...
7. https://www.facebook.com/inisainsbeb/
8. https://www.facebook.com/groups/1392401841008276/
9. https://www.facebook.com/zazolALKIRANI?__tn__=%2CdlCH-R-R&eid=ARAuGHF3HIYI1weSZqXTRJVgWCYl99D9g5Dzyr-_HuFtyQM6jp8WYwM5Sobyz38LURrQ-O5fFtutUFSz&hc_ref=ARQ9mTl8acSYk56vBTm0VNCdtO5XZbhkE8rdXIifMhXs_tUmk7R7vFes7nLquMiyt4c&hc_location=group
10. https://www.facebook.com/groups/1091484980941315/
8. https://www.facebook.com/groups/1392401841008276/
9. https://www.facebook.com/zazolALKIRANI?__tn__=%2CdlCH-R-R&eid=ARAuGHF3HIYI1weSZqXTRJVgWCYl99D9g5Dzyr-_HuFtyQM6jp8WYwM5Sobyz38LURrQ-O5fFtutUFSz&hc_ref=ARQ9mTl8acSYk56vBTm0VNCdtO5XZbhkE8rdXIifMhXs_tUmk7R7vFes7nLquMiyt4c&hc_location=group
10. https://www.facebook.com/groups/1091484980941315/
Hotel Casino & Spa - MapyRO
ReplyDeleteHotel Casino & Spa. Hotel Casino & Spa. 777 Casino 경상북도 출장안마 Center Dr, Suite 219, Phoenix, AZ 85459. Directions 부산광역 출장샵 · 경상남도 출장안마 (480) 경주 출장마사지 486-8390. Call Now · More Info. Hours, 안성 출장샵 Rating: 4.7 · 540 reviews