Sains merupakan ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya, melibatkan proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, SCINETIA, bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat.
Seperti proses bagi memperoleh maklumat lain, sains bermula dengan pengalaman, diikuti mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.
Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yang menarik dan mudah dipelajari sekiranya dipelajari dengan teknik yang betul. Cikgu akan berikan tips-tips yang boleh membantu anda untuk cemerlang dalam Sains. Berikut adalah beberapa cara yang Cikgu fikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains:-
Ⓐ Letakkan SAINS Dalam Fikiran
Kalau belum jawab soalan, belum mula belajar dah kata SUSAH macam mana nak BERJAYA?? Letakkan dalam Fikiran anda "SAINS ITU BEST" , "AKU AKAN DAPAT A DALAM SAINS"... Itu baru motivasi pada diri sendiri untuk berjaya....
Ⓑ Buat Ulangkaji Selalu.
TIDAK ULANGKAJI TAPI MAHU CEMERLANG... Itu tindakan yang Kurang BIJAK. Sepatutnya jangan biarkan topik-topik bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tidak menyesal dan panik melihat banyak topik yang belum diulangkaji. Jadi, kena mula study awal-awal. Bukan last minutes! Ambil Mudah dalam belajar macam mana NAK BERJAYA!!!
Ⓒ Belajar Sains Setiap Hari.
TIADA JALAN MUDAH DALAM BELAJAR... Tidak kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap Hari. Jangan asyik mempelajari subjek-subjek lain sahaja. Setiap hari perlu siapkan homework dan latihan yang diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba. Sains perlu diingat setiap hari...
Ⓓ Cuba Buat Semua Bentuk Soalan.
BELAKANG PARANG BILA DI ASAH AKAN TAJAM JUGA... ANDA perlu cuba menjawab semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau KBAT. Jangan hanya memilih bentuk-bentuk soalan yang anda sukai sahaja.
Beli buku-beli kerja yang memberikan model jawapan. Dengan cara begini, anda boleh membandingkan jawapan anda dengan contoh/model jawapan yang diberikan. Manafaatkanlah sedikit wang untuk membeli buku latihan, yang nak BERJAYA tu KITA kan... jadi KITA lah yang perlu Berusaha...
Ⓔ Beli buku-buku soalan tahun-tahun lepas.
ALAH BISA TEGAL BIASA... Ini TIPS untuk mereka yang bakal menduduki PEPERIKSAAN... Tujuannya adalah supaya anda dapat membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu bentuk-bentuk soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan.
Cuba jawab soalan-soalan ini selalu supaya secara tidak langsung anda akan tahu teknik menjawab soalan yang sebenar. Kemungkin soalan yang sama akan berulang dalam bentuk yang sedikit berbeza.
Dengan cara ini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dalam proses mencari jawapan, anda secara tidak langsung telah membuat mengulang kaji dan mengingati point-point penting bagi topik tersebut.
Ⓕ Beri Tumpuan
Apabila merawat seorang pesakit, mula-mula sekali kita perlu merawat mindanya... Jika anda ingat perkara pertama ialah meletakkan SAINS dalam fikiran... Bila dalam fikiran dah ada motivasi untuk dapat A barulah semangat untuk belajar dengan betul dapat dilaksana... Beri Tumpuan 100% semasa guru mengajar Sains. Sifat sambil lewa semasa belajar pasti MERUGIKAN anda!!!!
~
~
JIKA anda Belajar Sains dengan cara yang betul dan sesuai, anda sebenarnya mula menjawab Soalan Sains dengan lebih baik. Sekiranya anda mengalami masalah untuk memahami sesuatu topik dalam subjek Sains. Perlulah segera berjumpa dengan guru-guru sains untuk memudahkan pemahaman anda. Lebih rajin anda lebih besar peluang anda untuk dapat A untuk subjek SAINS.
👍👍👍
ReplyDelete