Skip to main content

KAEDAH PENGAJARAN BACAAN

KAEDAH PENGAJARAN BACAAN 
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
No automatic alt text available.
Hari ini 23 September 2017, Ibu bapa yang mempunyai anak berusia 5 hingga 8 tahun sila ambil masa 5 minit cuba UJI tahap penguasaan bacaan anak-anak anda... Adakah masih LEMAH? SEDERHANA atau CEMERLANG??? 

Adakah kita dapat membantu ANAK KITA?  Apa yang perlu anda lakukan???? BERTINDAK SEBELUM TERLEWAT... MEMBACA dapat memastikan anak-anak tidak akan ketinggalan dalam pelajarannya..

Disini Cikgu sertakan beberapa kaedah Membaca Linus yang mungkin dapat membantu ibu bapa.. 
Sila teliti kaedah ini dan cuba kaedah yang bersesuaian dengan kemampuan anak tuan puan.... 
Cikgu juga sertakan contoh-contoh latihan yang bersesuaian dengan kaedah yang dinyatakan... 
Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu ibu bapa mengatasi masalah anak-anak Membaca...

-CIKGU SHAHRUL-



KAEDAH ABJAD
■■■■■■■■■■■■■■■■■■
1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C, …… hingga Z.

2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z.

3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid.

4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.

5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan.

6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar.

7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru.

8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

No automatic alt text available.  No automatic alt text available.



KAEDAH SUKU KATA
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
1. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.

2. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

3. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil Suku Kata Terbuka.

4. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan.
Beberapa jenis suku kata :
(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K
b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK + KV (anda, unta), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat).
c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah).
(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)

Image may contain: 2 people, text  Image may contain: text  No automatic alt text available.  No automatic alt text available.


KAEDAH PANDANG SEBUT
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
1. Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran membaca.

2. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan yang bermakna.

3. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan.

4. Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu:
(a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar; dan
(b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

5. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang dipaparkan oleh guru (secara flashcard) secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Ini bagi mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca.

No automatic alt text available.  Image may contain: text  Image may contain: text  No automatic alt text available.


KAEDAH FONIK
■■■■■■■■■■■■■■■
1. Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.

2. Bunyi-bunyi huruf diajar. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Contoh : “a” dibunyikan ‘aaaa…..’, “u” dibunyikan ‘uuuu…….’.

3. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’ dan sebagainya.

4. Seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti ‘baba’, ‘batu’, ‘ibu’ dan sebagainya.

Image may contain: text  Image may contain: text  No automatic alt text available.  No automatic alt text available.


KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
1. Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata dan membaca perkataan, rangkai kata, ayat (yang bermakna) dalam satu atau dua pelajaran.

2. Gabungan ini dibuat secara sistematik.

3. Tiap-tiap pelajaran berikutnya, beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya.

4. Pada akhir tiga atau empat pelajaran saja, murid-murid sudah boleh membaca beberapa perkataan dan rangkai kata yang mudah. Contohnya murid boleh membaca sendiri buku-buku cerita.

Image may contain: text  No automatic alt text available.  Image may contain: 1 person

Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan ibu bapa hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu ibu bapa hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. 

Comments

Popular posts from this blog

SAINS UPSR : Teknik Memikat Hati Murid Minat Subjek Sains

BAK kata orang-orang tua, `melentur buluh biarlah dari rebung', begitu jugalah dengan memupuk minat Sains seharusnya bermula sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Pelbagai usaha dijalankan supaya sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini. Malangnya, setelah sekian lama usaha dilakukan bagi mencapai hasrat itu, kemajuan dan kejayaan dicapai dalam bidang sains di negara ini masih belum dapat dibanggakan. Mata pelajaran Sains merupakan antara satu subjek yang sering menjadi tumpuan. Bagi murid yang meminati mata pelajaran ini, tempoh 1 jam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) dilihat sangat tidak mencukupi. Banyak perkara yang hendak dilakukan dan perlu dipelajari dalam tempoh tersebut(SITUASI 1). Namun bagi murid yang tidak meminati mata pelajaran Sains, 1 jam tersebut merupakan satu tempoh penyeksaan yang sangat mengerikan(SITUASI 2).. Jadi bagaimana KITA sebagai Guru sains mewujudkan SITUASI 1 dalam pembelajaran kita... Berikut a...

Tip Memanfaatkan Masa Pada Cuti Sekolah

T ip Memanfaatkan Masa Pada Cuti Sekolah Bertemu kembali adik-adik! Selamat meneruskan cuti persekolahan. Bagaimana dengan pengisian cuti adik-adik setakat ini? Jangan lupa masukkan aktiviti belajar sebagai salah satu pengisian cuti adik-adik. Cikgu harapkan tip belajar semasa cuti sekolah yang cikgu ko ngsikan dalam keluaran yang lalu bermanfaat buat adik-adik. Kali ini, cikgu akan berkongsi dengan adik-adik tip memanfaatkan masa semasa cuti sekolah. Khususnya berkongsi perkara yang boleh memberi manfaat kepada pelajaran adik-adik. 1 . Bijak menggunakan internet. Elakkan diri adik-adik daripada menghabiskan masa yang lama dengan melayari internet. Khususnya melayari lamanlaman sosial seperti facebook, twitter dan youtube. Kecuali adik-adik menggunakannya bagi tujuan pembelajaran. Contohnya ; Melayari portal-portal pendidikan online yang berkaitan dengan mata pelajaran adik-adik. Memanfaatkan e-mel dan laman sosial bagi bertukartukar ilmu dan pengalaman bersama rakan-r...

Betul ke Belajar SAINS susah?

  Sains merupakan ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya, melibatkan proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, SCINETIA, bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Seperti proses bagi memperoleh maklumat lain, sains bermula dengan pengalaman, diikuti mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yang menarik dan mudah dipelajari sekiranya dipelajari dengan teknik yang betul. Cikgu akan berikan tips-tips yang boleh membantu anda untuk cemerlang dalam Sains. Berikut adalah beberapa cara yang Cikgu fikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains:- Ⓐ Letakkan SAINS Dalam Fikiran Kalau belum jawab soalan, belum mula belajar dah kata SUSAH macam mana nak BERJAYA?? Letakkan dalam Fikiran anda "SAINS ITU BEST" , "AKU AKAN DAPAT A DALAM SAINS"... Itu baru motivasi pada diri sendiri untuk berjaya.... Ⓑ Buat Ulangkaji Selalu. TIDAK U...