Skip to main content

Posts

SAINS UPSR : Teknik Memikat Hati Murid Minat Subjek Sains

BAK kata orang-orang tua, `melentur buluh biarlah dari rebung', begitu jugalah dengan memupuk minat Sains seharusnya bermula sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Pelbagai usaha dijalankan supaya sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini. Malangnya, setelah sekian lama usaha dilakukan bagi mencapai hasrat itu, kemajuan dan kejayaan dicapai dalam bidang sains di negara ini masih belum dapat dibanggakan. Mata pelajaran Sains merupakan antara satu subjek yang sering menjadi tumpuan. Bagi murid yang meminati mata pelajaran ini, tempoh 1 jam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) dilihat sangat tidak mencukupi. Banyak perkara yang hendak dilakukan dan perlu dipelajari dalam tempoh tersebut(SITUASI 1). Namun bagi murid yang tidak meminati mata pelajaran Sains, 1 jam tersebut merupakan satu tempoh penyeksaan yang sangat mengerikan(SITUASI 2).. Jadi bagaimana KITA sebagai Guru sains mewujudkan SITUASI 1 dalam pembelajaran kita... Berikut a...
Recent posts

Betul ke Belajar SAINS susah?

  Sains merupakan ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya, melibatkan proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, SCINETIA, bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Seperti proses bagi memperoleh maklumat lain, sains bermula dengan pengalaman, diikuti mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yang menarik dan mudah dipelajari sekiranya dipelajari dengan teknik yang betul. Cikgu akan berikan tips-tips yang boleh membantu anda untuk cemerlang dalam Sains. Berikut adalah beberapa cara yang Cikgu fikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains:- Ⓐ Letakkan SAINS Dalam Fikiran Kalau belum jawab soalan, belum mula belajar dah kata SUSAH macam mana nak BERJAYA?? Letakkan dalam Fikiran anda "SAINS ITU BEST" , "AKU AKAN DAPAT A DALAM SAINS"... Itu baru motivasi pada diri sendiri untuk berjaya.... Ⓑ Buat Ulangkaji Selalu. TIDAK U...

UPSR SAINS 2020 : Permulaan Baru

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...  Pada tahun 2020 ini cikgu akan berusaha menyediakan Blog sekurang-kurangnya sebulan 2 kali... itu Janji Cikgu.. Kalau lebih jangan marah ye.. ðŸ˜…😅😅 Doa-doakan semoga pembaharuan cikgu buat ini akan memberi manafaat kepada semua Calon UPSR 2020.. Insyaallah Cikgu ambil apa yang telah cikgu pelajari dalam Simposium Tutor Profesional Malaysia 2019... 1. Niat Betul 2. Berfokus 3. Buat Dengan Betul 4. Kesungguhan 5. Istiqamah Insya Allah Cikgu akan usahakan dari semasa ke semasa untuk memperbaiki blog ini agar menjadi rujukan terbaik mereka yang ingin mengulang kaji SAINS untuk UPSR....

KAEDAH PENGAJARAN BACAAN

KAEDAH PENGAJARAN BACAAN  ■■■■■■■■■■■■■■ ■■■■■■■■■■■■ Hari ini 23 September 2017, Ibu bapa yang mempunyai anak berusia 5 hingga 8 tahun sila ambil masa 5 minit cuba UJI tahap penguasaan bacaan anak-anak anda... Adakah masih LEMAH ? SEDERHANA atau CEMERLANG ???  Adakah kita dapat membantu ANAK KITA ?  Apa yang perlu anda lakukan???? BERTINDAK SEBELUM TERLEWAT... MEMBACA dapat memastikan anak-anak tidak akan ketinggalan dalam pelajarannya.. Disini Cikgu sertakan beberapa kaedah Membaca Linus yang mungkin dapat membantu ibu bapa..  Sila teliti kaedah ini dan cuba kaedah yang bersesuaian dengan kemampuan anak tuan puan....  Cikgu juga sertakan contoh-contoh latihan yang bersesuaian dengan kaedah yang dinyatakan...  Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu ibu bapa mengatasi masalah anak-anak Membaca... -CIKGU SHAHRUL- KAEDAH ABJAD ■■■■■■■■■■■■■■■■■■ 1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah ...

SHICIDA METHODS - Jadikan Anak Anda Pandai

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya : 1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-t...

Membantu Kanak-Kanak Membaca

Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali.Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana? Jika ada ...

Bagaimana Kanak-Kanak Belajar Membaca?

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur. ✎  0 hingga 2 ½ tahun   ✪   mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.   ✪   belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.   ✪   kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.   ✪   rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang       mengandungi  banyak gambar dan  berwarna-warni.   ✪   kosa kata berkembang sehingga 270. ✎  2 ½ hingga 4 ½ tahun   ✪   peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.   ✪   terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.   ✪   perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.   ✪   kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama       gambar. ...